Siapa yang tidak kenal akan Mount Fuji. Saya yakin sejak kecil sudah pasti kita semua selalu mendengar tentang Mount Fuji secara langsung atau tidak langsung. Bagi saya, apa yang buat saya mengenali Mount Fuji adalah produk krim Hazeline Snow. Siapa masih ingat? Pada botolnya terpampang imej Mount Fuji.

Hazeline Snow early packaging
Hazeline Snow botol lama

Tetapi di sini, saya bukan mahu kembali mempopularkan produk ini. (saya masih ingat memori menghabiskan satu botol dan disapu ke muka). Tujuan saya adalah untuk mengajak anda mendaki Gunung Fuji jika anda ke Jepun. Jadi, apakah 10 sebab yang mengharuskan anda ke sana? Pengalaman hiking Mount Fuji

  1. Gunung Fuji gunung tertinggi di Jepun

Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di negara matahari terbit ini. Jika anda berjaya ke puncak, bermakna anda sudah menakluk puncak paling tinggi di Jepun. Jadi jika anda seorang yang obses seperti saya untuk menakluk gunung tertinggi di sesebuah negara tetapi tidak mempunyai daya ketahanan seorang hikers otai kental, Mount Fuji adalah jalan mudah untuk anda.

DSC_0860

2. Gunung Fuji adalah gunung berapi

Apakah keberangkalian untuk mendaki gunung berapi di Malaysia? Jika anda mendaki Fuji, anda mendaki gunung berapi yang masih berupaya untuk meletus. Namun jangan risau, kerana pada ketika ini ia sedang ‘tidur’ namun jauh lebih selamat berbanding Gunung Merapi dan Semeru.

DSC_0832

3. Pendakian yang mudah

Dibandingkan dengan gunung-gunung lain yang terkenal di dunia, Gunung Fuji adalah antara yang paling mudah didaki. Malah lebih mudah daripada Gunung Kinabalu. Jika anda mempunyai stamina yang kental, anda boleh menghabiskan pendakian dalam masa sehari dari stesen ke-5. Trek untuk ke puncak tidak menguji kepakaran anda. Hanya stamina dan ketahanan mental diperlukan.

DSC_0742
Keadaan trek

DSC_0729

4. Pemandangan matahari terbit yang sangat cantik

Matahari terbitnya sama sahaja di mana-mana. Namun, jika anda menyaksikan matahari terbit di sini, anda adalah antara manusia pertama yang menyaksikan matahari terbit dari ufuk timur pada hari tersebut. Kedudukan geografi Jepun yang terletak pada bahagian paling timur dunia membolehkan anda mengatakan bahawa anda sudah melihat matahari hari ini lebih dahulu daripada orang lain yang tidak mendaki. Keindahan matahari terbit tiada tolok bandingnya. Penduduk tempatan menggelar peristiwa tersebut sebagai Goraiko (ketibaan cahaya pertama).

DSC_0817

5. Di puncak, terdapat trek mengelilingi kawah Gunung Fuji

Jika anda berpeluang mendaki Fuji, jangan hanya menamatkan pendakian di penghujungnya sahaja kerana ia masih belum puncak sebenar Fuji. Puncak sebenar Fuji adalah Ken-Ga-Mine di mana terletaknya bangunan radar Gunung Fuji. Trek mengelilingi kawah juga mudah di lalui. Jadi jangan sia-siakan peluang apabila ke Fuji. Anda harus mengelilingi kawah tersebut.DSC_0849

DSC_0856
Pemandangan dari Ken-Ga-Mine

6. Terdapat banyak trek untuk ke puncak yang mempunyai kadar kesukaran yang berbeza

Trek yang popular dan juga mudah adalah Yoshida. Namun terdapat 3 lagi trek yang lain yang mempunyai jarak yang lebih panjang dan juga lebih mencabar. Tempat penginapan juga terhad dan kurang popular. Jadi anda ada banyak pilihan untuk menguji keupayaan diri sendiri. Jika warga emas mampu ke puncak kenapa bukan anda?

New-Map

7. Terdapat banyak stesen yang dilengkapi dengan lodge sepanjang pendakian

Jika anda melalui trek yang paling terkenal iaitu Yoshida, anda akan melalui 4 stesen yang menyediakan kemudahan penginapan dan juga lodge di antara stesen. Jika anda tidak menempah awal, anda boleh juga walk-in. Tetapi semakin tinggi anda mendaki semakin mahal kadar penginapan. Contohnya, jika anda berada di stesen ke-8 harganya boleh mencecah 5000 yen dibandingkan dengan stesen ke-7 yang lebih rendah. Kadang-kala, mereka akan menghalau anda jika anda tidur berdekatan dengan pintu masuk penginapan. Jadi, sediakan wang yang lebih jika anda tidak boleh menahan kesejukan melampau pada waktu malam.

DSC_0776
Pemandangan matahari terbenam dari lodge di Stesen 7

8. Akses ke Gunung Fuji yang mudah

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengangkutan awam di Jepun adalah yang terbaik di dunia. Sebagai langkah penjimatan, menaiki tren adalah cara yang paling jimat untuk ke Fuji. Pemandangan juga indah dan anda mempunyai kelebihan untuk berehat sambil menikmati kehijauan musim panas di Jepun. Buka Cara-cara untuk ke Mount Fuji untuk mengetahui cara ke Mount Fuji.

DSC_0766

9. Anda boleh melakukannya secara solo

Tiada masalah jika anda tiada teman atau anda menjelajah secara solo. Anda tidak perlu mendaftarkan diri anda untuk mendaki. Anda hanya perlu bersedia dengan kasut, jaket, dan barang-barang keperluan yang lain untuk mendaki. Seperti yang saya ungkapkan tadi, pendakian Gunung Fuji adalah mudah.

DSC_0746

10. Waktu mendaki terbaik adalah pada musim panas

Anda perlu mendaki Fuji kerana masa untuk mendaki terhad kepada musim panas sahaja. Musim yang lain juga dibuka namun anda perlu mempunyai pengalaman mencukupi sebelum mencuba pada musim dingin. Waktu terbaik adalah pada bulan Ogos. Walaupun cuaca nya sangat panas dan terik, namun apabila mendaki Fuji, lama kelamaan suhu nya menurun terutamanya pada waktu malam. Tetapi harus diingat, kerana cuaca yang terlalu panas, anda perlu menghidratkan diri anda secukupnya. Sediakan wang tunai berlebihan kerana jika anda kehabisan air, anda boleh membeli air di kawasan penginapan di setiap stesen (dengan harga yang lebih mahal daripada biasa).

DSC_0685

Jadi tunggu apa lagi? Beli tiket dan let’s hike Mount Fuji!

Advertisements