Saya pasti hiking Gunung Rinjani adalah impian kebanyakan insan yang cintakan keindahan alam selain menggemari aktiviti lasak. Namun, Gunung Rinjani bukan gunung yang calang-calang sahaja. Persediaan yang mencukupi perlu dititik beratkan oleh sesiapa sahaja yang mahu mendaki gunung ini. Jika anda mengikuti tips-tips di bawah, dengan izin tuhan, anda akan dapat menyaksikan keajaiban alam seperti matahari terbit ini:

 

Klik untuk pengalaman hiking Rinjani yang sebenar.

“AMARAN!

Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang aktif. Sebagai langkah waspada anda boleh membuat pemerhatian sendiri tentang aktiviti Gunung Rinjani.”

Gambar letusan Barujari di Segara Anak bertarikh 5 Disember 2015. Gambar dari Volcano Discovery.

Persediaan yang rapi itu adalah satu keperluan. Jangan kerana tidak bersedia sepenuhnya, anda terlepas menawan puncak kedua tertinggi di Indonesia ini. Untuk sampai ke Lombok bukanlah mudah apatah lagi untuk mendaki Gunung Rinjani. Berikut adalah 15 tips berdasarkan pengalaman sebenar mendaki Gunung Rinjani:

  1. Pilih guide dan porter yang betul

Pilihan guide atau agen yang tepat adalah perlu kerana mereka yang akan menyediakan servis kepada anda sepanjang pendakian Rinjani. Jika tersalah pilih, berkemungkinan makanan tidak sedap dan servis biasa-biasa sahaja tetapi malangnya anda dikenakan bayaran yang mahal. Menurut kadar pembayaran (berdasarkan pengalaman), jika harga melebihi rm800 seorang, sepatutnya anda akan dihidangkan steak, dan mendapat kerusi lipat. Selain itu, semakin ramai menyertai kumpulan anda, semakin rendah kadar pakejnya tetapi terdapat bilangan peserta maksimum mengikut pakej yang disediakan. Saya menggunakan khidmat Rinjani Climber.

img_3934

2. Tentukan itinerary. 2D1N, 3D2N atau 4D3N

Itinerary adalah sangat penting. Apa yang boleh saya katakan, pendakian melalui Sembalun adalah yang terbaik kerana laluan Senaru memerlukan anda melintasi kawah yang besar (Segara Anak). Berdasarkan kemampuan masing-masing, jika anda mahu ke puncak, Segara Anak dan Senaru, 4D3N adalah pilihan terbaik. Kebanyakannya akan memilih 3D2N tetapi jika anda tiba ke puncak lewat, berkemungkinan besar anda terpaksa bermalam di Plawangan atau bermalam di Segara Anak. Jika masa bukan masalah untuk anda, pilihan yang saya sebutkan tidak bermasalah. Namun, bagi saya pilihan terbaik adalah selama 3D2N melalui Sembalun-Plawangan-Puncak-Plawangan-Sembalun jika sasaran utama adalah puncak Rinjani. Bagi seseorang yang memiliki stamina yang tinggi, 2D1N juga berkemungkinan dan kembali ke Sembalun pada hari kedua.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Apa jua perjalanan anda jangan lepaskan peluang ke puncak

3. Pastikan ada hiking pole.

Kenapa saya menitik beratkan hiking pole? Kerana pendakian Rinjani adalah curam dan panjang. Pole dapat membantu dan mengurangkan kesakitan pada lutut. Terutamanya  ketika summit attack, pole sangatlah berguna memandangkan laluannya yang curam, berpasir dan panjang. Pole juga berguna ketika menurun jika anda mahu berski di cerun tersebut. Jika diikutkan, pole diperlukan untuk pendakian apa juga jenis gunung kerana lutut kita lebih berharga daripada ego. Jangan menyesal kemudian hari.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Jika tiada hiking pole, kayu juga boleh digunakan

4. Pastikan ada buff or mask untuk menutup hidung dan mulut

Gunung Rinjani tidak seperti gunung di Malaysia. Berkemungkinan disebabkan iklim dan juga keadaan gunung berapi yang menghasilkan banyak batu igneous yang mudah pecah kepada serpihan kecil, terdapat banyak pasir dan habuk sepanjang pendakian.

img_3950
Buff bukan sahaja melindungi daripada cahaya matahari tetapi ia juga menghalang habuk

5. Bawa ubat ubatan secukupnya

Ubat seperti panadol sangat diperlukan kerana anda akan mendaki di bawah matahari terik selama beberapa jam. Kemungkinan untuk demam itu tinggi dan anda tidak mahu kesakitan menghalang impian anda untuk sampai ke puncak. Ubat sakit perut dan cirit birit juga diperlukan kerana Rinjani tidak menyediakan sebarang fasiliti melainkan tandas di alam yang luas terbentang. Cirit-birit sangatlah menyusahkan dan dehidrasi boleh membunuh anda jika anda tidak dapat mengawalnya. Sayangi diri anda.

6. Bawa plaster dan antiseptic cream

Plaster diperlukan kerana cuaca yang panas boleh menyebabkan peluh melampau yang mengundang kemelecetan. Antiseptic cream juga perlu kerana anda tidak akan berpeluang mandi untuk membersihkan diri melainkan di Segara Anak. Jadi, antiseptic cream akan bertindak melindungi luka anda dari bakteria. Usaha dan ikhtiar itu penting sebelum berserah pada takdir sahaja.

img_3912

7. Bawa tisu basah

Seperti yang diperkatakan tadi, tiada fasiliti sepanjang pendakian Rinjani melainkan tandas di semak atau toilet tent yang dibuat oleh porter anda (jika ia termasuk dalam pakej anda). Tisu basah adalah sangat praktikal. Selain ringan dan berfungsi membersihkan najis, ia juga boleh digunakan untuk membersihkan badan anda ketika berehat di khemah. Peluh dan juga habuk tanah boleh mengundang rasa tidak selesa dan juga bakteria yang tidak diingini

8. Bawa fleece, jaket atau windbreaker

Jangan kerana terlalu sejuk, anda gagal ke puncak. Jadi, persediaan mencukupi itu perlu terutamanya jika anda mendaki gunung berapi yang lebih daripada 3000m. Kerana tiada banyak pokok, angin boleh bertiup dari kaki bukit ke atas tanpa sebarang halangan. Suhu udara yang ditiup angin akan berkurangan mengikut ketinggian. Terutamanya ketika summit attack, angin sejuk akan menjadi musuh anda. Jadi sekadar minimum, pakailah fleece yang berkualiti dan windbreaker selain baju T berlengan panjang

img_3983
Suhu boleh mencecah bawah 5 darjah celcius jika terdapat angin yang kuat

9. Pakai sunscreen

Anda akan terdedah kepada cahaya matahari jahat selama beberapa jam. Pokok juga tidak banyak sepanjang pendakian Rinjani. Sunscreen akan membantu melindungi kulit anda daripada pancaran UV yang boleh membakar kulit kita. Sunscreen juga melindungi diri kita daripada kanser kulit yang membunuh.

10. Bawa snack dan botol air

Keberangkalian besar, anda akan mendaki berseorangan. Jadi, bawalah snek yg mencukupi yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti Oreo. Botol air juga penting kerana anda akan terpisah dengan porter yang membawa bekalan air. Jangan biarkan dehidrasi menghantui diri kerana ia boleh membunuh.

img_3928
Buah-buahan seperti limau dan pisang boleh mengembalikan tenaga

 

11. Bawa telefon atau pemain musik

Bergantung pada keselesaan masing-masing, mendengar lagu akan mengurangkan rasa bosan dan juga meningkatkan motivasi sepanjang pendakian yang sukar. Porter juga memainkan lagu kegemaran mereka di radio sepanjang pendakian.

12. Bawa kamera selain kamera telefon pintar

Ketika summit attack, cuaca akan menjadi terlalu dingin dan akan menyebabkan bateri telefon anda kering sekelip mata. Menggosok belakang phone boleh menghidupkan kembali telefon tetapi yang pasti ia tidak akan bertahan lama. Anda akan menyesal kerana detik matahari terbit akan hanya tinggal dalam memori sahaja. Jadi bawalah kamera lain sebagai sampingan dan persediaan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Jangan lepaskan peluang mengambil gambar bayang-bayang Rinjani

10 reasons why Lombok should be in your bucket list

13. Pastikan lampu suluh atau head lamp ada batteri mencukupi

Head lamp atau lampu suluh adalah sangat penting ketika summit attack kerana trek yang dilalui tidak terlalu luas. Ada kemungkinan untuk jatuh ke dalam gaung yang sangat dalam jika terlalu gelap. Jangan sesekali bergantung pada orang lain. Jadi bawa batteri mencukupi untuk head lamp anda.

img_4095
Tatkala senja langit masih bercahaya. Apabila malam tiba, hanya lampu menjadi peneman

14. Pastikan setiap keputusan mengambil kira faktor keselamatan diri

Kadang-kadang kerana terlalu taksub untuk menawan puncak, anda sanggup menggadai nyawa seperti mendaki ketika hujan lebat, angin kuat dan keletihan melampau. Pentingkan keselamatan diri terlebih dahulu. Jika anda berjaya ke puncak tetapi mati ketika berjalan turun, tiada siapa yang tahu anda sudah tiba di puncak atau tidak. Jika anda tidak sampai ke puncak kerana sebab yang menghalang pendakian, anda masih berpeluang untuk menawan puncak pada lain masa.

img_4155
Puncak Rinjani yang mencabar memerlukan semangat yang kental

15. Pastikan langkah anda adalah mengikut kemampuan diri

Kadang-kala anda tidak mahu tewas dengan orang lain. Semua tentang kehidupan anda adalah pertandingan yang tiada hadiahnya. Kerana mahu menjadi yang pertama, anda sanggup menggadai nyawa. Untuk mendaki Rinjani, dakilah dengan kemampuan diri. Trek Sembalun adalah jelas dan saya jamin anda tidak akan sesat. Jika sesat, masih ada ramai pendaki yang lain. Biar lambat asalkan selamat. Takkan lari gunung di kejar. Tetapi jangan juga terlalu perlahan untuk mengelakkan pendakian pada malam hari.

img_4151
Yang penting semangat kesukanan dan kerjasama yang erat

Klik untuk ketahui apa yang anda boleh buat di Lombok selepas hiking Gunung Rinjani –>Lombok Itinerary

Advertisements