Siapa yang tidak mahu ke Australia? Sudah pastinya sesiapa pun pasti mahu menjejakkan kaki di bumi kangaroo dan wombat. Australia sememangnya kaya dengan keindahan alam semula jadi. Dari timur ke barat, selatan ke utara pasti ada sahaja yang menarik ditambah lagi dengan usaha kerajaan Australia memelihara habitat semula jadi dan mewartakannya sebagai taman negara. Di bahagian barat Australia, ada sesuatu yang tidak sering diwar-warkan oleh ramai orang tetapi keindahannya tidak mudah digambarkan dengan kata-kata. Jadi sebagai penulis, adalah satu tanggungjawab untuk saya menunjukkan tempat yang menarik dan tips yang anda perlu tahu sebelum menjejakkan kaki ke barat Australia atau Perth.

Klik di sini untuk pengalaman di Australia Barat

Memohon visa itu wajib

Anda boleh memohon visa untuk kemasukan ke Australia seawal-awal yang mungkin. Tetapi jika anda mahu lakukan pada saat-saat terakhir, selewat-lewatnya haruslah 2 minggu sebelum masuk ke Australia. Biasanya permohonan diluluskan serta merta tetapi ada kalanya akan mengambil masa yang lama terutama bagi lelaki, muslim dan berumur bawah 40 tahun.

Permohonan boleh dibuat secara talian di sini. Pastikan maklumat kemasukan diperincikan supaya anda tidak perlu mengulanginya kerana setiap kali anda melakukan permohonan yang baharu, bayaran akan dikenakan sebanyak AUD 20. Hasilnya, secara automatik maklumat anda sudah dimasukkan ke dalam sistem. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membawa passport (termasuk borang ketibaan yang diterima di dalam kapal terbang) ke muka imigrasi.

captureb
Website ETA untuk permohonan visa

Makanan dibenarkan dibawa masuk tetapi haruslah di paketkan dan tiada bahan mentah dan wajib diiystihar

Memandangkan Australia adalah habitat kepada hidupan endemik seperti kangaroo, koala, wombat dan sebagainya, sebarang kemasukan barang makanan yang mengandungi virus atau serangga perosak akan mampu memusnahkan spesis-spesis unik di Australia. Kerajaan Australia telah mengeluarkan peraturan yang ketat terhadap kemasukan bahan makanan mentah kecuali beras. Akan tetapi kebanyakan barang makanan yang sudah dipaketkan dan dikomersilkan adalah dibenarkan. Jadi, usah risau dan isytiharkan barang makanan tersebut. Bahagian kastam Australia sudah biasa menghadapi kemasukan orang asing terutamanya dari Malaysia. Jika mahu maklumat lebih lanjut, klik di sini.

Terdapat banyak pasaraya halal dan restoran halal di Perth

Anda tidak perlu risau tentang barang makanan mentah yang halal. Kebanyakan kawasan luar bandar Perth mempunyai kedai halal yang menjual daging dan bahan mentah. Gunakan google atau apps zabihah.com untuk mencari kedai dan restoran halal terdekat.

captureb

Tetapi, pastinya kunjungan anda ke Perth tidak sah jika tidak singgah ke Charcoal Chicken di Daniela. Cubalah Portuguese chicken dan lamb ribs. Anda boleh membeli dan membawa masuk ke dalam kapal terbang juga. Pegawai di bahagian keselamatan tidak mengendahkan kemasukan makanan tersebut. Mereka lebih risaukan benda lain seperti payung, baby wipe dan seluar yang tidak boleh dizip poketnya.

img_6434
Charcoal Chicken dan dijamin halal

Road trip adalah pilihan perjalanan terbaik

Keindahan barat Australia akan dinikmati sepenuhnya jika anda memilih road trip. Banyak destinasi menarik terletak jauh dari bandar Perth. Lagipun, harga menyewa kenderaan di Perth juga agak rendah. Asalkan anda mempunyai kad kredit (ada syarikat yang tidak memerlukan kad kredit), lesen memandu terbaharu yang mengandungi informasi dwi bahasa atau mempunyai lesen memandu antarabangsa, semuanya akan menjadi mudah. Apabila menyewa kenderaan, anda dinasihatkan untuk mengambil insurans demi kebaikan bersama.

Keindahan semula jadi menakjubkan di Lake Clifton

Jika anda sukakan alam sekitar, destinasi ini pastinya untuk anda. Jauh dari kesibukan kota Perth (1 jam 15 minit ke selatan Perth), pemandangan yang indah beserta kejadian alam semula jadi pastinya memukau. Di sini terdapat thrombolite yang unik dan sudah wujud sejak ratusan juta tahun dahulu.

img_6040
Lake Clifton Thrombolites

Pemandangan mengagumkan di Sugarloaf dan Canal Rocks

Kebanyakan daripada kita pasti tidak menyangka terdapat pemandangan menakjubkan di luar kawasan Perth. Untuk ke Sugarloaf dan Canal Rocks anda perlu memandu selama 3 jam ke arah selatan. Tinggal semalaman di Busselton jika anda tidak mahu terlalu bersesakan dengan masa. Sesiapa sahaja pasti akan terpukau dengan air laut yang biru dan pemandangan tebing yang menakjubkan.

img_6445-1
Sugarloaf
img_6122
Canal Rocks

Terdapat banyak gua yang menarik

Jangan disangka di Australia tiada gua. Terutamanya di bahagian barat, batu kapur terbentuk ratusan juta tahun dahulu. Terdapat beratus gua di bahagian barat daya dan sepanjang jalan ke Augusta, anda akan menemui papan tanda untuk ke gua-gua seperti Lake Cave, Mammoth Cave, Ngilgi Cave dan Jewel Cave. Jewel Cave dan Ngilgi Cave lebih mesra pengunjung. Terdapat website yang menerangkan tentang pakej dan sebagainya.

584541a
Jewel Cave. Gambar hak milik MargaretRiver.com

Cape Leeuwin adalah tempat pertemuan Lautan Hindi dan Lautan Selatan

Jika anda tiba di Cape Leeuwin Lighthouse, anda sudah berada di penghujung bahagian barat Australia. Hanya dalam 5000 km sahaja untuk ke Antartika dari sini. Perkara yang membuatkan kawasan ini lebih menarik adalah tempat pertemuan Lautan Hindi dan Lautan Selatan. Jika anda tiba pada hari yang tepat di dalam bulan Mei ke September, anda akan berpeluang untuk melihat ikan paus. Menarik kan?

img_6298-1img_6288

Albany dan kawasan sekitarnya

Pemandangan Albany memang cukup indah terutamanya jika melalui jalan raya Route 1. Sepanjang jalan tersebut anda akan berpeluang berhenti di destinasi yang menarik seperti Nornalup National Park, Denmark dan William Bay National Park. Albany juga begitu indah dan sangat popular bagi rakyat Malaysia yang datang ke Perth. Antara tempat menarik di Albany: Natural Bridge, The Gap dan Wind Farm.

E-Shed Markets di Fremantle hanya dibuka pada hujung minggu

Sebelum anda merancang perjalanan, pastikan anda berada di Perth pada hujung minggu untuk membeli belah barangan tempatan dan cenderamata. Tidak seperti pasar yang lain di bandar-bandar utama Australia, E-Shed Markets hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad dan akan ditutup pada jam 5 petang. Rancang perjalanan anda sebaik-baiknya. Tetapi jika anda terlepas, anda masih boleh ke Murray Street di tengah bandar Perth untuk membeli cenderamata kerana di situ terdapat kedai-kedai kecil yang menjual dengan harga yang murah. Kedai di situ ditutup jam 5.30 petang dan dibuka setiap hari.

outside-e-shed-markets

Barangan seperti Corelle dan coklat murah di Pasaraya sekitar Perth

Bagi rakyat Malaysia, Corelle sudah pastinya menjadi pinggan mangkuk yang wajib di beli di Australia. Kilang penghasilan Corelle terdapat di USA tetapi harga di Australia tidak kurang murahnya. Corelle dan coklat berjenama banyak terdapat di pasaraya seperti Woolworth, The Big W dan Target. Jadi, cari sahaja pasaraya di sekitar tempat tinggal anda, pasti akan terdapat pinggan Corelle yang di jual satu persatu.

Terdapat gumuk pasir dan Pinnacle Desert di utara Perth

Siapa kata Perth hanyalah tempat untuk membeli belah sahaja? Jika anda memandu selama 2 jam ke arah utara, anda akan tiba di Lancelin di mana terdapatnya gumuk pasir yang menakjubkan. Anda perlu menyewa papan luncur di stesen minyak di Lancelin (satu-satunya stesen minyak di Lancelin) dan sebaik sahaja tiba, anda boleh bermain gelongsor dengan papan luncur tersebut.

img_6387
Lancelin Sand Dunes

Jika anda memandu selama satu jam lagi ke utara, anda akan tiba di Pinnacle Desert. Di tempat ini, terdapat batuan kapur yang dihakis menjadi bentuk batu tajam yang kelihatan seperti disusun oleh manusia. Lanskap berlatarkan pasir berwarna jingga juga menarik untuk menjadi latar belakang selfie anda.

img_6418
Pinnacle Desert

Pink Lake terdapat di Esperance (selatan) dan juga Kalbarri (utara)

Jika anda mempunyai masa yang panjang, bolehla memandu jauh ke Hutt Lagoon di bahagian utara berhampiran Kalbarri (5 jam 40 minit pemanduan dari Perth) atau Pink Lake di Esperance (5 jam pemanduan dari Albany). Namun, warna pink tasik itu diragui dan berkemungkinan tidak berwarna pink. Tasik yang jelas berwarna pink adalah Lake Hillier di Middle Island . Tiada cara untuk ke pulau itu sebagai pelancong melainkan jika anda menyewa helikopter (namun tiada tempat mendarat).

hutt-lagoon-pink-lake-western-australia-by-air
Hutt Lagoon. Diambil dari australiascoralcoast
lake-hillier-aerial-view
Lake Hillier di Middle Island. Diambil dari lakehillier.com

Wave Rock, jika anda masih belum puas dan mahukan pengembaraan di Outback

Wave Rock terletak di kawasan luar dari jalan utama Australia Barat. Anda juga perlu merentasi gurun di bahagian timur Perth. Perjalanan juga mengambil masa 4 jam. Jadi, pilihan terbaik adalah untuk tinggal semalaman di situ dan masa seharian akan dihabiskan untuk perjalanan sahaja. Namun, formasi alam yang menakjubkan ini pastinya memukau. Rancang perjalanan anda sebaik mungkin.

4396458065_a5633e8f0a
Wave Rock
hippo-rock-hyden
Hippo’s Yawn terletak berhampiran Wave Rock

Jadi, apa lagi beli sahaja tiket ke Perth dengan AirAsia dan rancang perjalanan sebaik yang mungkin.

Advertisements