Indonesia sememangnya negara yang unik. Boleh dikatakan hampir setiap tahun saya akan ke Indonesia. Jika mahu ke pulau anda boleh ke Bali (klik untuk pengalaman di Bali). Jika mahu hiking and ke pantai yang cantik, boleh ke Lombok (klik untuk Rinjani dan Lombok). Jika anda gemar berada di kawasan pergunungan, boleh ke Bromo dan Ijen. Jika anda mahu menghayati sejarah dan budaya, Jogjakarta adalah destinasinya. Kalau hendak melarikan diri dari stress atau kesibukan kota, apa kata ke Medan dan Danau Toba.

Perjalanan dengan flight hanya mengambil masa selama sejam ke Medan dari KLIA. Seperti yang saya lakukan baru-baru ini, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan segala tekanan di KL untuk mencari ketenangan di Danau Toba. Ternyata pengalaman di Danau Toba melapangkan dada saya. Trip selama 3 hari 2 malam adalah sangat berbaloi. Perjalanan merangkumi Medan-Danau Toba-Air Terjun Sipisopiso-Beras Tagi-Medan.

Satu perkara yang mungkin menguji kesabaran adalah ketika perjalanan dari Medan ke Danau Toba. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Upahlah sopir untuk memudahkan perjalanan. Memandu sendiri atau menaiki bas adalah tidak digalakkan. Tidak rugi jika anda membayar lebih untuk keselesaan. Elakkan bergerak pada waktu malam. Pada waktu malam, terdapat banyak lori kerana jalan yang dilalui adalah jalan utama dari Medan ke Padang. Jalannya juga kecil dan berselekoh. Ada ketika lori terlalu besar dan panjang untuk membelok di selekoh. Jadi, sopir yang bagus sangat diperlukan. Pastikan anda memakai tali pinggang keledar juga ya.

Cabaran yang kami hadapi adalah apabila bergerak pada waktu malam. Perjalanan bertambah selama sejam kerana kesesakan. Namun, kami sempat menikmati makan malam di Permatangsiantar. Di sana kami singgah di kedai nasi padang. Oleh kerana kelaparan, pinggan lauk yang banyak berjaya di bersihkan dengan jayanya. Selepas Permatangsiantar, masih terdapat satu jam untuk tiba di Parapat. Perjalanan kami ditemani hujan yang lebat. Tanpa disedari, jalan raya yang sempit kami lalui menuruni cerun ke Perapat adalah di tebing Danau Toba. Setibanya di Perapat, kami tidur di Hotel Atsari yang selesa.

IMG_8782
Hotel yang simple tetapi selesa
IMG_8783
Musim hujan. Awan tebal dan hujan berterusan pada waktu malam

Pada keesokan harinya, seawal jam 9 pagi, kami sudah bersedia untuk ke pelabuhan. Dari pelabuhan, kami akan ke Pulau Samosir yang sebesar Singapura di mana suku Batak yang unik menjalani kehidupan seharian. Pekan Perapat adalah pekan yang kecil dan kelihatan menarik. Majoriti penduduk adalah suku Batak yang beragama Kristian. Tetapi kami tidak sempat untuk menjelajah sekitar pekan. Kami terus ke Pelabuhan untuk menaiki feri. Perjalanan mengambil mase 30 ke 40 minit. Jika bernasib baik, anda akan menaiki feri yang lebih terbuka. Penduduk sekitar gemar menghisap rokok (rokok dijual sangat murah di sini) sehingga asap memenuhi ruang feri. Perjalanan yang sepatutnya tenang berubah menjadi azab.

IMG_8799
Jeti untuk ke Pulau Samosir
IMG_8865
Perjalanan di atas feri yang mendamaikan tetapi asap rokok memenuhi ruang penumpang

Apabila tiba di Pulau Samosir, kami terus ke Kampung Tomok untuk menyaksikan sendiri budaya suku Batak secara dekat. Tempat pertama adalah kawasan perkuburan diraja. Menariknya tentang kubur di sini, mayat tidak ditanam. Sebaliknya mayat dibiarkan di luar sehingga tinggal tulang sahaja kemudian dimasukkan ke dalam peti dan ditutup dengan rapat. Peti atau kubur akan dihias dan diukir menyerupai raja yang disemadikan. Di sekelilingnya adalah kubur keluarga atau teman rapat.

IMG_8879
Makam diraja orang Batak
IMG_8881
Kampung Tomok

 

Terdapat kisah raja yang sangat kacak dan gagah meminta bantuan kiyai dari Acheh. Peti atau kubur kecil terdapat di sebelah kubur raja. Peti itu menyerupai lelaki yang bersongkok tetapi tiada mayat di dalamnya. Tatkala peperangan yang dahsyat antara kumpulan berbeza suku Batak, raja ini meminta bantuan kiyai ini. Kiyai menyedari kelemahan sebenar org Batak adalah mereka tidak boleh melihat orang bogel. Jika terlihat, pasti akan membawa nasib malang. Jadi kiyai ini menasihati raja dan angkatannya untuk tidak membawa sebarang senjata melainkan dengan hanya memakai kain. Ketika berhadapan dengan musuh, kain dibuka dan musuh bertempiaran lari dan raja ini menang peperangan tersebut. Menarik juga kisahnya. Namun, Kiyai tidak berjaya mengislamkan suku Batak. Sebaliknya pendatang dari Eropah berjaya menukar sama sekali kefahaman dan agama suku Batak kepada agama Kristian.

Kemudian, kami dibawa ke pasar yang menjual pelbagai cenderamata dan juga kain batik Batak yang kelihatan seperti batik Sarawak. Tidak jauh dari pasar, kedengaran bunyian musik yang unik. Kami masuk ke dalam kawasan kebudayaan dan kelihatan sekumpulan ibu-ibu dan bapak bapak menari mengikuti patung yang menari sambil diiringi musik yang kuat. Terhibur juga melihat mereka. Seterusnya kami bergegas ke jeti untuk menaiki feri semula untuk kembali ke Perapat. Selepas makan tengah hari di Perapat, kami dibawa oleh sopir ke destinasi seterusnya. Perjalanannya panjang namun pemandangan sangat menakjubkan. Seolah-olah berada di New Zealand, cuma bezanya suasana tropika dan orang tempatan. Kami berhenti di wisata pertama iaitu tempat mengambil gambar di atas pentas dibina menjulur dari tebing. Malangnya, kerana cuaca mendung, gambar kami tidak begitu mempesona.

IMG_8913
Kedai-kedai kemas tersusun
IMG_8904
Sementara menunggu feri ke Parapat

Setibanya kami di Bukit Indah Simajarunjung, kami terkesima dengan pemandangan yang indah di hadapan kami. Walaupun hujan, pemandangan tetap sama. Apa yang menarik di sini terdapat pelbagai tempat yang direka untuk mengambil gambar. Tetapi harus membayar dalam sekurang-kurangnya 5000 rupiah. Terdapat juga cara mengambil gambar yang sangat ekstrem seperti duduk di dalam buaian atau berbasikal di udara. Semakin menakutkan tempat tersebut semakin mahal harganya. Untuk buaian saya membayar 20000 rupiah tetapi perasaan takut itu tidak setimpal dengan harganya. Dengan hanya bergantung pada dahan pokok yang tumbuh di lereng dan safety harness yang diikat pada pinggang dan dicangkuk pada tali buaian, saya sedia mengorbankan diri semata-mata mahu mengambil gambar. Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah pekerja-pekerja yang kebanyakannya OKU.

IMG_8918
Pemandangan yang menakjubkan
IMG_8940
Saya terpegun melihat betapa besarnya Danau Toba
IMG_8954
Salah satu tarikan Bukit Indah Simarjarunjung
IMG_8962
Menunggu teman tak kunjung tiba
IMG_8972
Buai laju-laju
IMG_8983
Cuaca bertambah baik pada waktu petang

Perjalanan diteruskan ke Air Terjun Sipiso Piso. Perjalanannya sangat panjang dan kami tiba pada pukul 6 petang saat matahari terbenam. Rugi juga rasanya tidak dapat turun ke bawah melihat air terjun dengan lebih dekat. Namun, pemandangan indah penghujung Danau Toba masih mengagumkan. Air terjun tersebut adalah salah satu punca kepada air di Danau Toba. Danau Toba adalah tasik yang terbentuk hasil letusan gunung berapi yang kuat ratusan ribu tahun yang lalu. Kesan daripada letusan ini, banyak mega fauna (mamalia besar) yang pupus. Kesan positifnya pula, terbentuk kaldera yang lebih besar daripada Singapura yang kini menjadi pusat peranginan dan tempat orang Batak mencari rezeki. Sehingga kini, Danau Toba dikatakan masih aktif. Terdapat pengumpulan magma yang sangat besar di bawah Danau Toba menyebabkan kenaikan ketinggian tasik tersebut. Jika ia sekali lagi meletus, sudah pasti banyak hidupan akan pupus termasuk manusia.

IMG_9019
Kalaulah ada masa yang panjang, sudah pasti saya akan turun ke bawah
IMG_8994
Penghujung tasik. Tibalah masa mengucapkan bye bye kepada Danau Toba

Kemudiannya, kami bergerak ke Beras Tagi. Tetapi matahari sudah pun terbenam. Jadi, saya tidak dapat melihat pemandang indah Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Beberapa hari sebelum kami di situ, Gunung Sinabung meletus tetapi letusan tidak lama. Namun, Sinabung adalah gunung berapi yang sangat aktif. Ia meletus beratus kali setiap tahun dan ramai juga yang terkorban. Malangnya saya tidak dapat melihat Gunung Sinabung dengan lebih dekat akibat kesuntukan masa. Gunung Sinabung terletak berdekatan dengan bandar Kabanjahe (halia merah) yang terletak di selatan Beras Tagi. Terdapa peningkatan populasi Muslim di sini. Sepanjang perjalanan dari Sipiso Piso ke Beras Tagi, terdapat banyak kedai di tepi jalan yang menjual babi panggang yang harum semerbak. Kami hanya dapat melihat dari dalam kereta keunikan cara hidup mereka. Kami singgah di sebuah restoran di Beras Tagi. Suhu di sini sangat nyaman dan mungkin lebih dingin daripada Parapat. Jika anda tinggal di sini, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti memetik strawberi, mendaki Gunung Sinabung dan Sibayak dan juga mengunjungi pasar buah-buahan. Kami sebaliknya teruskan perjalanan ke Medan menerusi jalan yang tidak kurang mencabar seperti malam pertama di Medan.

IMG_9023
Terdapat satu masjid yang kecil berdekatan Sipiso Piso
IMG_9029
Orang Batak lokal gemar memakan babi panggang. Harum semerbak
IMG_9038
Bandar Medan pada waktu malam

Pada keesokan harinya di Medan, kami mengunjungi Istana Maimun yang suatu masa dahulu di huni raja melayu yang memerintah Medan atau Kesultanan Deli. Kini istana tersebut menjadi tumpuan para pelancong. Sebelum pulang ke Malaysia pada malamnya, kami sempat singgah membeli kek lapis dan merasa bika dan singgah di outlet untuk membeli baju batik. Kunjungan di Medan tidak menyesakkan kerana hari tersebut adalah hari minggu. Kedai makan juga tidak penuh dan yang penting kami merasa ikan bakar yang sangat sedap.

IMG_9069
King and Queen Mother (tetiba dia meminta untuk bergambar bersama. Mungkin kerana kami sahaja yang memakai set diraja berwarna emas)
IMG_9104
Raja zalim mangkat dijulang
IMG_9105
Siling yang cantik
IMG_9111
Masjid Raya Al-Mashun

Medan adalah destinasi yang bersesuaian jika anda mahukan percutian singkat pada hujung minggu. Kadang kala tiket kapal terbang juga murah. Jadi, apa lagi rancang perjalanan anda!

 

Advertisements